Senin, 16 Februari 2015

Cerita Si Anak Ikan


*****
 Ceritanya mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedang berenang-renang dilautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anak kesayangannya akan erti kehidupan dan realiti yang mereka hadapi.
 
Anak ikan ini bertanya, “Apa banyakkah perkara yang ananda tidak ketahui wahai ibu?”.

Ibu ikan ini pun berkata, “Duhai anakku yang ku kasihi, sesungguhnya terdapat suatu perkara yang amat penting yang ibu ingin sampaikan…ajaran ini telah disampaikan oleh pendita-pendita ikan yang terulung sejak zaman berzaman, telah disebarkan kepada seluruh warga alam air ini dan ibu harap ananda juga ambil berat apa yang ingin ibu katakan…Suatu hari nanti, ananda akan diuji dengan godaan-godaan yang mengelirukan akal… akan ananda jumpai cacing yang sungguh enak sedang dicucuk oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak terlihat oleh mata kasar.”

“Cacing itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lezat sehingga ananda tidak terfikir akan apapun kecuali untuk menikmati makanan yang enak itu… tetapi ananda harus ingat itu hanyalah muslihat manusia, mengumpan ananda ke alam lain yang penuh sengsara,” tambah sang ibu ikan.

“Alam apa itu ibu?” tanya anak ikan.

“Jika ananda terjerumus ke perangkap manusia itu.. leher ananda akan disentap oleh besi yang bercangkuk tajam dan ananda akan merasa kesakitan di mulut ananda. Kemudian, mereka akan tarik ananda ke arah sesuatu yang menyilaukan pandangan sehingga ananda rasa ananda akan buta… ananda akan di campakkan bagai sampah di perut perahu mereka dan ananda akan berasa sesak kerena ananda bukan lagi dikelilingi oleh air tetapi udara…”

“Kemudian mereka akan membawa ananda ke pasar, mereka memberikan harga. Ada manusia yang datang dan mencocok-cocok badan ananda sebelum ada yang membawa ananda ke rumah mereka. Siksaan mereka belum selesai…manusia itu akan mengelar- ngelar ananda, mengiris daging dan meletakkan garam dan .. pedihnya ibu tak dapat bayangkan dan ceritakan..”, sambil si ibu tunduk sayu dan ketakutan.

“Setelah dikelar-kelar… ananda akan melihat minyak yang panas mengelegak, sehingga percikannya bisa meleburkan kulit ananda yang halus itu… manusia kemudian akan menurunkan ananda ke dalam minyak yang panas itu sehingga segala daging dan kulit ananda melecur dan bertukar warna…”

“Akhirnya.. ananda akan dilapah, dimamah dan dikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak mengenal arti belas kasihan itu… Semua siksaan itu berawal dari godaan yang sedikit… ibu berpesan agar ananda ingat dan berhati-hati di laut lepas tu…” tambah sang ibu ikan.

Si anak hanya mengangguk-anggukkan kepalanya… dalam hatinya masih tidak yakin kerana belum pernah ketemu cacing yang begitu… Suatu hari, setelah dia menjadi anak remaja dan bermain-main dengan kawan-kawannya, mereka terlihat seekor cacing yang amat besar, tampak lezat berseri-seri… Semua dari mereka itu telah mendengar cerita dari orang tua masing-masing.. Cuma baru sekarang melihatnya dengan mata kasar sendiri.. Masing- masing menolak satu sama lain.. dan mencabar-cabar agar pergi menjauh dari makanan itu..

Akhirnya si anak yang tidak yakin dengan ceritaibunya tadi berkata,
 
Anak Ikan terkena kail pancing manusia
“Ahhhh…masak benar kata-kata ibuku.. makanan selezat ini tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku. Ini pendapatku….”, terlintas nafsu yang datang menggoda.

Lalu setelah si anak itu membuka mulutnya lebar2 dan dengan rakusnya memakan cacing itu, mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang amat sangat. Setelah puas cuba melepaskan diri.. si anak tadi berasa kesal dan sedih dalam dirinya kerana dia tahu apa yang ibu katakan memang benar, cuma segalanya sudah terlambat hanya kerana nafsu.

*****
Jangan sampai hidup ini dikendalikan nafsu atau bakalan menyesal dikemudian hari. Sungguh celaka hanya karena nafsu kita tidak mendengarkan perkataan orang tua. Setiap orang tua pasti menginginkan yang terbaik untuk anaknya. Jadi jangan sampai tidak mempercayai atau punya prasangka buruk dengan orang tua kita.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar